Tentang Kami
SETIA JASA SYNERGY SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 9 Julai 2017 sebagai Setia Jasa Solutions Enterprise dan kini dikenali sebagai Setia Jasa Synergy Sdn. Bhd. mulai 10 November 2023. Syarikat ini diketuai oleh En. Sayaffi Ibrahim Bin Harun, yang memiliki Diploma dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi MARA. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pembinaan di Malaysia.
Dengan kepakaran dalam pelbagai bidang kerja pembinaan dan infrastruktur, termasuk kerja-kerja cerucuk & asas, pembinaan jalan, landskap, bangunan, pangsapuri dan kondominium, kerja-kerja renovasi, reka bentuk dalaman, penyelenggaraan bangunan dan landskap, serta kerja-kerja kejuruteraan awam yang lain, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.
VISI kami adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya dalam industri pembinaan, sentiasa menarik, melatih, membangun dan memotivasi profesional yang berkemahiran tinggi dalam usaha untuk menjadi sebuah organisasi yang dipercayai dan sentiasa menumpukan pada peningkatan serta kebolehpercayaan.
MISI kami adalah untuk menyiapkan projek-projek berkualiti tinggi mengikut jadual, melalui pasukan yang berorientasikan hasil, fleksibel dan berdedikasi. Kami mewujudkan persekitaran kolaboratif yang menyokong dan meningkatkan keupayaan kami untuk memberikan nilai kepada pelanggan, vendor dan rakan industri.
Setia Jasa Synergy Sdn. Bhd. mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam melaksanakan pelbagai jenis projek. Pengalaman luas kami merangkumi:
1. PEMBINAAN & INFRASTRUKTUR
Masjid Baru Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang
PPU Denistown, Parit Buntar (Projek Semasa - Pembinaan Pencawang Elektrik)
Membina & Menaik Taraf Jalan di Kampung Bayai Baru, Jempol & Kampung Orang Asli Sungai Lereh, Gemenceh, Negeri Sembilan.
2. KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Naik Taraf Sistem Paip di Kilang NIPPON PAINT, Shah Alam.
Projek Mekanikal di MOB, Subang.
3. REKA BENTUK DALAMAN (ID) & RENOVASI
ID dan Renovasi unit di NAZA TOWER, Platinum Park, Kuala Lumpur.
Renovasi Banglo.
4. LANDSCAPING
Pembangunan Landskap di Taman Rekreasi Hutan Bandar, USJ3, Subang Jaya.
Pembangunan Landskap Rekreasi di Presint 10, Seksyen U13, Shah Alam (Projek Semasa untuk PKNS).
5. CIRI AIR (WATER FEATURE)
Pemasangan Ciri Air di EMBayu Condominium, Subang Perdana.
Pemasangan Ciri Air di MRCB Condominium, Sungai Buloh.